Khamis, 27 Mei 2010

DAP Penipu Besar...


Sumber: www.nohomar.com

Saya nak merespon kepada
petikan
di bawah yang di ambil dari salah sebuah laman web semalam :
" Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Swee Lim mendakwa dua buah syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memonopoli bekalan benih padi menyebabkan beban harga kepada golongan petani. Sehubungan itu petani yang marahkan kegiatan tidak bermoral dua buah syarikat tersebut mengadakan protes di kilang BERNAS Sekinchan terhadap Beras Padi Nasional bagi menyatakan bantahan mereka. Swee Lim juga mendakwa tindakan Noh yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang memberikan kuota hak benih padi kepada syarikat kepunyaan kroninya juga mendatang kemarahan petani ".

Wahhh..waaahhh..wahhh!!! Sesedap mulut jer buat fitnah.. Wahai Swee Lim! DAP penipu besar! Pemfitnah paling hebat! Kalau tidak faham pasal padi.. pasal urusan federal.. Jangan nak tunjuk pandai! Kalau berdemostrasi pun tak dapat sambutan, yang datang cuma 30 orang sahaja tidak seperti yang digembar-gemburkan 300 orang.. Janganlah buat fitnah untuk raih sokongan!


Wahai DAP! Berhentilah tabur fitnah kepada rakyat! Kalau betul-betul anak jantan, SAYA CABAR ANDA - Swee Lim, untuk berdebat secara terbuka di hadapan para petani. Tentukan tarikh, tempat dan masa. Sila ulang balik semua dakwaan anda di laman web di hadapan petani semua dan sila bertanggungjawab dengan statement yang telah dibuat!


Biar rakyat yang menilai siapa pembela dan siapa pengkhianat rakyat!!!

Khamis, 12 November 2009

Anwar mula tercabar – Mat Hasan



SEREMBAN 11 Nov. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan strategi menyerang kepimpinan Perdana Menteri, dilihat sebagai percubaan untuk mengalih perhatian daripada pelbagai kemelut peribadi dan parti yang diterajuinya. (berita lanjut)

Ulasan blogger:

Memang tidak dinafikan, PKR memang berada dalam konflik kepimpinan yang amat meruncing. itulah akibatnya kalau niat memang tak baik dan mempunyai agenda yang boleh menghancurkan negara.. Insya Allah, Allah akan melindungi hamba-Nya yang sering dianiaya. Doa orang yang dizalimi insya Allah dimakbulkan Allah.

Dulu Anwar berusaha memecah belahkan UMNO demi kepantingan peribadinya tapi hari ini, apa yang berlaku dalam UMNO dulu telah berlaku dalam PKR malah lebih teruk dari yang berlaku dalam UMNO. Alhamdulillah masalah yang berlaku dalam UMNO telah berjaya diselesaikan semua pihak yang bertelagah telah kembali bersatu demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Syabas UMNO. Alhamdulillah....

Isnin, 9 November 2009

Alahai PAS




Ana tak reti dengan perangai pemimpin PAS kelemahan dia orang selalu je nak letak atas kepala orang lain.

Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat) berkata: "Kekuatan Melayu Islam bukan bergantung pada penyatuan dua parti politik, Pas dan UMNO tetapi kekuatan Melayu Islam kukuh apabila UMNO menyertai PAS"..

Ana rasala pemimpin PAS ni memang mementingkan diri... Dah tahu parti dia dah tak mendapat sokongan.. terima jela hakikat jangan nak melibatkan orang lain...

Macam UMNO walaupun pernah tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu... UMNO tetap 'cool' mengharungi ujian Allah. Ini tidak sikit-sikit nak melibatkan orang lain... Memang betulla apa orang cakap "Hanya UMNO yang membela Islam dan meninggikan syiar Islam di Malaysia ni."

Sebabnya di Malaysia ni hanya orang Melayu yang membela Islam. Siapa yang membela Melayu pastinya UMNO. Jadi secara langsungnya apabila UMNO membela Melayu sudah pasti membela Islam. Kalau Melayu hilang kuasa Islam akan terancam.

Tak payahla nak suruh UMNO masuk PAS... PAS tu yang kena muhasabah diri. Kalau betul nak memperjuangkan Islam, kenapa bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menjadi parti yang menentang Islam....

Ayuh bangkit kembalikan kuasa Melayu dan Islam di bumi bertuah ini.

Wallahu a'lam....

Ahad, 8 November 2009

PAS & Kecelaruan!!!


Jika dulu PAS langsung tidak membuka ruang kepada orang bukan Muslim untuk berjuang dalam PAS. Tapi apabila mereka buat kajian dan telah terbukti bahawa matlamat politik mereka tidak akan tercapai jika tiada kerjasama daripada orang bukan Islam..

Jika dulu mereka menuduh UMNO macam-macam sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC tapi kini apa yang mereka tohmah kepada UMNO dulu telah kembali ke muka mereka...

Presiden mereka berkata mereka akan terus bersama Pakatan Rakyat tapi PAS tidak akan mengorbankan dasar dan matlamat PAS sebagai organisasi siasah, dakwah dan tarbiah. Sedarkah mereka bahawa matlamat setiap parti dalam PR itu berbeza ideologi... Mampukan PR mentadbir negara dengan setiap parti yang berbeza haluan perjuangan. Contoh ada di depan mata seperti Selangor, Kedah dan Penang.

Tidakkah mereka sedar perpecahan bangsa Melayu hari ini adalah kerana tindak tanduk mereka. Di setiap kampung wujud surau ataupun masjid yang disediakan kerajaan tetapi jika mereka tidak dapat menguasai tempat ibadat tersebut mereka akan membina tempat ibadat mereka sendiri supaya senang mereka menyebarkan dakyahkepada kerajaan.

Tidakkah kita terfikir bahawa dengan adanya banyak surau mengikut fahaman politik ini akan memingkatkan jurang perhubungan sesama MUslim..

Sama-samalah kita fikir......

Wallahu 'alam...

Khamis, 5 November 2009

Nik Aziz vs Husam Musa



Berita gembira yang diumumkan oleh PM kepada rakyat Kelantan nampaknya mendapat reaksi yang bebeza daripada dua orang pimpinan utama Kerajaan Kelantan.

Pandangan Nik Aziz dengan Husam Musa nampaknya bercanggah kali ini. Nik Aziz setuju dan akan berpuasa 3 hari untuk menunaikan nazar setelah PM setuju nak beri wang ihsan kepada rakyat Kelantan. Husam Musa pula menolak wang ihsan.

Pesan ana la... belajarla bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan tu. Jangan pula kita ni digolongkan oleh Allah dalam golongan orang yang tidak bersyukur. Sebagaimana dalam satu hadith nabi yang bermaksud: "Barang siapa yang tidak berterima kasih dengan manusia maka dia tidak bersyukur kepada Allah."

Ana juga berharap rakyat Kelantan tidak selamanya diperbodohkan dengan maklumat-maklumat yang tidak betul. Setiap apa yang berlaku pasti ada rahmatnya. Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah sebaik mungkin. Berfikir menggunakan akal berkandaskan keimanan bukannya akal yang dipengaruhi nafsu amarah.

Wallahu 'alam...

Ahad, 1 November 2009

Antara Harapan & Kesedaran.....

Berpijaklah pada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan semangat silaturrahim, hayati semangat bermaaf-maafan bahawa Melayu itu bangsamu dan Islam itu Agamamu.

Bersatulah dalam dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama mengakui hakikat keesaan Allah Tuhan Yang Satu dan Nabi Muhammad itu rasul junjungan, Al-Quran itu kitab pegangan dan secara bersama menghadap kiblat yang sama mendirikan solat serta menerima orang Islam itu sebagai saudara.

Budaya berpolitik yang sedang berlaku menyebabkan ketaksuban baru sehina menjelma budaya asabiyah yang mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan berbanding kelangsungan ummah. Tindakan ini akhirnya menyebabkan Melayu Islam terperangkap dalam perlumbaan mencari kesalahan dan kelemahan antara satu sama lain.

Lebig malang lagi, apabila kata2 yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah kehinaan.

Akibatnya modal penmgupayaan umat menjadi semakin lemah. Nerapakah ketirisan yang akan berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsusendiri???

Jika pertelingkahan terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa. Jika ia terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang. Ini kerana yang menang jadi arang yang kalah jadi abu....

Umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya dan agamanya.

Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.

Ayuhlah bangsaku... Bangkitlah demi Agama, Bangsa dan Tanahair....

Khamis, 15 Oktober 2009

Paparan Iklan Barisan Nasional di N. 31 Bagan Pinang - adakah ianya melanggar undang-undang pilihanraya?

Paparan Iklan Barisan Nasional di N. 31 Bagan Pinang - adakah ianya melanggar undang-undang pilihanraya?



Salam Sejahtera,

Saya baru sahaja pulang daripada Port Dickson (DUN N. 31 Bagan Pinang) petang tadi. Sewaktu saya di sana, saya telah melihat banyak paparan iklan Barisan Nasional yang telah diletak di tepi jalan-jalan utama DUN Bagan Pinang. Paparan iklan itu antara lainnya menyatakan tentang manipulasi PAS terhadap kanak-kanak di bawah umur (bukan pengundi), janji-janji yang tidak ditepati dan juga politik 'tolak pembangunan' PAS.

Selanjutnya, saya juga sempat melihat paparan iklan PAS yang diletak di persimpangan jalan (berdekatan dengan PD Marina Resort) antara lainnya menyatakan bahawa BN gagal penuhi janji pengundi Rembau semasa PRU-12 dsb.

Sewaktu mengikuti Berita Awani jam 9.00 malam tadi, saya amat tertarik kepada 'amaran' Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS, Saudara Mohd Firdaus Jaafar yang memberi amaran kepada jentera BN agar menurunkan segala paparan iklan yang mengikut beliau berunsur 'fitnah' dan menyalahi undang-undang dalam masa 24 jam ataupun mereka akan menurunkannya (self-help).

Saya ingin mengulas pertama mengenai paparan iklan BN ataupun PAS dan kedua mengenai 'amaran' menurunkan dalam 24 jam ataupun akan diturunkan (self-help). Saya telah menyelidik undang-undang termaktub berkenaan kesalahan pilihanraya iaitu Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 ("Akta tersebut"). Seksyen-seksyen yang relevan adalah Seksyen 9 dan 24B Akta tersebut. Seksyen 9 Akta tersebut tidak ada menyatakan, secara tersurat mahupun tersirat, bahawa ianya adalah suatu kesalahan pilihanraya jika paparan iklan yang bermaksud sebagaimana saya telah katakan tadi sebagai 'pengaruh tidak wajar'. Ini kerana Seksyen 9 Akta tersebut hanya berkata mengenai kekerasan, keganasan atau halangan, atau yang mengenakan atau mengancam hendak mengenakan, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain, apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan, atau kerugian keduniaan atau kerohanian. Apa yang dikatakan oleh paparan iklan BN hanyalah fakta sebenar atau paling kurang, adalah propaganda politik yang dibolehkan mengikut lunas undang-undang pilihanraya.

Seterusnya, Seksyen 24B Akta tersebut pula menetapkan bahawa apa-apa perjumpaan terbuka, perhimpunan awam terbuka, pertunjukan awam terbuka atau hiburan awam terbuka, ucapan awam terbuka atau syarahan awam terbuka mestilah mempunyai permit daripada Ketua Polis Daerah (KPD). Tiada apa-apa berkenaan paparan iklan yang mesti mendapat permit KPD.

Saya berpendapat bahawa Seksyen yang relevan, jikalaupun hendak dijadikan sebagai asas rujukan Pasukan Petugas - Kempen Pilihanraya (PP-KPR), dalam mengarahkan penurunan paparan iklan BN hanyalah Seksyen 27E (b) Akta tersebut. Namun begitu, jika dilihat seksyen tersbeut, ianya spesifik kepada bahan-bahan kempen yang tidak mematuhi mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pilihan raya (justeru itu hanya Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang terpakai, Akta-akta lain seperti Akta Hasutan dsb adalah tidak terpakai). Sebagai contoh, jika dilihat kepada Seksyen 11 (1) (c) Akta tersebut, ianya hanya berkata tentang mencetak, menerbitkan, mengedarkan atau menampalkan atau menyebabkan supaya dicetak, diterbitkan, diedarkan atau ditampalkan apa-apa iklan, surat sebaran, pelekat atau poster yang berkenaan dengan mana-mana pilihan raya dan yang tidak mengandungi pada mukanya nama dan alamat pencetak dan penerbitnya. Jika dirujuk lagi, Seksyen 11 (1) (d) Akta tersebut, hanya menyatakan membuat atau menerbitkan apa-apa pernyataan palsu mengenai fakta berhubung dengan watak atau kelakuan peribadi calon itu sebelum atau semasa mana-mana pilihan raya bagi maksud menpengaruhi supaya mana-mana calon dipilih.

Oleh itu, paparan iklan BN tidak menyalahi mana-mana undang-undang berkenaan pilihanraya dan sepatutnya dikekalkan selagi ianya tidak melanggar seksyen-seksyen yang telah saya nyatakan diatas.

Berkenaan amaran Saudara Mohd Firdaus untuk menurunkan sendiri paparan iklan BN dalam masa 24 jam (jika tidak diturunkan oleh petugas BN), saya berpendapat ianya bersifat retorik politik sahaja tanpa asas undang-undang yang kukuh. Saya juga ingin menasihatkan agar beliau lebih berhati-hati aapabila bermain sentimen seperti ini kerana ianya boleh mencetus ketegangan dsb. Adalah lebih baik beliau fokus kepada isu-isu pembangunan setempat DUN Bagan Pinang yang ternyata kurang sekali disentuh oleh PAS di dalam pilihanraya kecil ini.

Sekian, terima kasih.

[Salam Sejahtera & selamat tengahari,

Hari ini (7/10/2009) YBM Tengku Datuk Seri Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO Malaysia telah membawa ke perhatian saya Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1964. Mengikut YBM Tengku Datuk Seri, seksyen tersebut telah menjadi dasar laporan polis yang dibuat oleh PAS terhadap BN.

Saya telah meneliti dan berpendapat Seksyen tersebut mungkin tidak tepat pemakaiannya oleh PP-KPR dalam menurunkan paparan iklan BN/PAS kerana seksyen itu lebih kepada pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan anatar orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang sama atau golongan yang berlainan penduduk Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi. Jika disabitkan kesalahan itu, ianya boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Apa-apa pun keputusan telah dibuat oleh PP-KPR dan ianya perlu dihormati. Yang pentingnya, PAS sekarang sedar bahawa PP-KPR (atau SPR) tidaklah 'bias' ataupun menjadi 'alat' BN kerana paparan iklan BN juga telah diturunkan.

Sekian, terima kasih]