Khamis, 20 Ogos 2009

Alahai Nik Aziz

Semakin hari, makin rosak imej seorang yang mengaku dan digelar sebagai ulama... Dua tiga hari lepas ulama ini telah menyatakan ahli UMNO tidak akan masuk syurga. Alahai tok guru kenapala jadi sampai macam tu sekali... Bawakla bertaubat ingatla Allah kerana hanya Allah yang berhak menentukan tempat seseorang itu di akhirat nanti sama ada syurga atau neraka.

Sehebat manapun orang tu dalam agama dia tiada hak ataupun kuasa untuk menentukan nasib seseorang diakhirat. Adakah Nik Aziz ingat dia tu akan masuk syurga ke nanti... Wallahu'allam.

Nik Aziz sebetulnya bukanlah ulama Islam sejati.. tidak lain dan tidak bukan hanyalah ulama politik semata-mata.

Marilah kita pakat guna akal anugerah Allah ini. DAP satu parti yang terang-terang menentang dan menolak Islam, PAS boleh jadikan DAP sebagai sahabat tetapi UMNO satu parti yang sama bangsa dan agama dituduh macam-macam oleh PAS. Jangan terkejut nanti apabila orang UMNO dulu masuk syurga berbanding dengan orang PAS tau....

Ini mungkin sebagai sindiran... tapi marilah kita pakat merenung dan muhasabah diri kita. Doa dengan Allah supaya ditunjukkan kebenaran agar tanah air tercinta ini tidak musnah dan hancur macam Iraq dan Palestin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan