Ahad, 1 November 2009

Antara Harapan & Kesedaran.....

Berpijaklah pada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan semangat silaturrahim, hayati semangat bermaaf-maafan bahawa Melayu itu bangsamu dan Islam itu Agamamu.

Bersatulah dalam dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama mengakui hakikat keesaan Allah Tuhan Yang Satu dan Nabi Muhammad itu rasul junjungan, Al-Quran itu kitab pegangan dan secara bersama menghadap kiblat yang sama mendirikan solat serta menerima orang Islam itu sebagai saudara.

Budaya berpolitik yang sedang berlaku menyebabkan ketaksuban baru sehina menjelma budaya asabiyah yang mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan berbanding kelangsungan ummah. Tindakan ini akhirnya menyebabkan Melayu Islam terperangkap dalam perlumbaan mencari kesalahan dan kelemahan antara satu sama lain.

Lebig malang lagi, apabila kata2 yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah kehinaan.

Akibatnya modal penmgupayaan umat menjadi semakin lemah. Nerapakah ketirisan yang akan berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsusendiri???

Jika pertelingkahan terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa. Jika ia terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang. Ini kerana yang menang jadi arang yang kalah jadi abu....

Umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya dan agamanya.

Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.

Ayuhlah bangsaku... Bangkitlah demi Agama, Bangsa dan Tanahair....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan