Isnin, 24 Ogos 2009

TAHNIAH YB. RADZHI

Semalam telah berlaku satu peristiwa yang menjadi satu titik perubahan dalam senario politik negara. YB Mohd. Radzhi Salleh (Adun Lunas) telah mengumumkan keluar PKR dan melepaskan semua jawatan dalam parti.

Begitu juga dengan PKR bahagian Padang Serai yang telah dibubarkan. Seramai 214 orang ahli PKR bahagian itu termasuk AJK PKR bahagian tersebut telah keluar parti. Jika difikir pasti ada sesuatu yang menyebabkan semua ini berlaku.

Bukan senang nak umum keluar parti dan isytihar sebagai wakil bebas ni maklumla elaun YB dan exco ni lumayan tuan.

Tahniah YB Radzhi kerana masih ada kesedaran apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Penasihat PKR tidak lain dan tidak bukan demi kepentingan politik peribadi. PAS pula menjadi pemecah perpaduan ummah.

Jangan ambil kisah apa yang orang kata terutamanya dari PAS seperti yang ada dalam KedahLanie... Sesungguhnya mereka buta akan kebenaran dan terlampau taksub dengan perjuangan yang terang-terang memecah belahkan perpaduan ummah.

Terima kasih semua bekas anggota PKR Padang Serai kerana telah kembali ke pangkal jalan. Semoga usaha tuan-tuan dan puan-puan mendapat keredhaan Allah.

Percayalah tiada parti di Malaysia ini yang betul-betul boleh membantu rakyat melainkan Barisan Nasional sahaja...

Selamat Berjuang Saudaraku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan